Agong perkenan status diraja untuk Floria Putrajaya
PUTRAJAYA, SABTU 14 Jun, 2014: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini memperkenankan status diraja untuk Festival Taman Bunga dan Taman Putrajaya yang bermula tahun ini dikenali sebagai Festival Floria Diraja Putrajaya.
Seri Paduka memberi perkenan itu ketika menyempurnakan perasmian festival di Pesisiran Tasik, Presint 4 di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Dr Aseh Che Mat.
Seri Paduka berdua mencemar duli kira-kira sejam melawat tapak pameran termasuk Taman Diraja, Taman Kucing dan Pavilion (Flora Pavilion).
Bertemakan 'Begonia-Pesona Warna' festival kali ini mempamerkan 400,000 pokok pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan dari kawasan tropika dan subtropika termasuk lebih 60 dari spesies Begonia atau pokok asam batu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment