My Add

Monday 9 June 2014

6 bilion liter petrol RON95 disalahguna

KUALA LUMPUR, AHAD 08 Jun, 2014: Sebanyak enam bilion liter petrol RON95 di negara ini telah disalahgunakan oleh kenderaan asing dari Thailand, Singapura dan pemilik kenderaan mewah tempatan pada tahun lalu.

Menurut sumber, jumlah tersebut adalah tinggi mengambilkira secara keseluruhannya, sebanyak 14.5 bilion liter petrol RON95 digunakan pada tahun lalu.

Sehubungan itu, pelbagai pihak hari ini menggesa kerajaan mewujudkan satu akta atau peraturan khusus bagi membanteras kegiatan penjualan petrol RON95 bersubsidi kepada kenderaan asing dari Thailand dan Singapura.

Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, aktiviti penjualan bahan api tersebut kepada kenderaan asing masih berlaku terutama di kawasan sempadan kerana tiada undang-undang khusus bagi membawa pengusaha yang ingkar ke muka pengadilan.

"Saya menyarankan supaya satu akta diwujudkan dengan mengenakan hukuman yang berat kepada pengusaha kerana peraturan sedia ada tidak memberikan kesan kepada mereka.

"Tindakan menggantung dan menarik balik lesen pengusaha telah dilaksanakan, namun itu tidak cukup menggentarkan dan memberi pengajaran kepada pengusaha yang terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment