My Add

Tuesday 17 June 2014

PPPR cadang tubuh panel siasat kenaikan kos pembinaan klia2

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan penubuhan sebuah panel penyiasat bagi mencari punca peningkatan kos dan kelewatan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, panel penyiasat ini harus menjawab persoalan mengenai pengurusan kewangan dan kos selain mengenal pasti kecuaian sekiranya ada.

"PPPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius pelbagai laporan mengenai tambahan kos yang luar biasa dan kelewatan dalam pembinaan klia2," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johan berkata, walaupun PPPR berpuas hati bahawa klia2 sudah boleh digunakan sepenuhnya, tetapi terdapat laporan mengenai mutu kerja yang tidak memuaskan.

Katanya, laporan kelewatan serta peningkatan kos yang tinggi itu mengundang pelbagai spekulasi media dan menjejaskan nama baik kerajaan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment