My Add

Friday, 13 June 2014

ADUN PKR pertimbang saman Malaysiakini

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Xavier Jayakumar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah terhadap beliau.

Ketua PKR Cabang Kota Raja itu juga kesal dengan penyiaran artikel pada 5 Jun lalu yang menuduh beliau terlibat dalam kegiatan rasuah bersama Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu, Abdul Malek Hussin.

Beliau turut menyifatkan laporan dalam artikel tersebut sebagai tidak benar, tidak bertanggungjawab dan mencemarkan reputasinya.

"Saya tiada pilihan selain mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan segera terhadap semua media cetak dan elektronik yang menyiarkan semula artikel berkenaan.

"Notis tuntutan maaf telah dikemukakan kepada Malaysiakini, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan (akhbar) Tamil Malar," katanya dalam kenyataan menerusi laman blog xavierjayakumar.blogspot.com hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment