My Add

Saturday 14 June 2014

Kilang mee sanggul di Bukit Mertajam guna logo halal tidak diiktiraf- KPDNKK

BUKIT MERTAJAM, SABTU 14 Jun, 2014: Sebuah kilang mee sanggul di Kampung Sama Gagah, di sini didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Md. Nasir Mohamad berkata perkara itu terdedah selepas kilang itu diserbu pihaknya pada 5 petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.

``Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul menggunakan logo halal tidak diiktiraf dirampas...kita turut menyita 400 bungkus mee teow dan 352 bungkus mee suah mengunakan logo halal tidak diiktiraf serta 780 unit kotak kosong tertera logo halal tidak diiktiraf. Nilai rampasan semalam adalah sebanyak RM4,184.

``Berdasarkan siasatan kita, kilang berkenaan yang beroperasi sejak 15 tahun lepas pernah diserbu pada 2010 atas kesalahan sama dan pemiliknya menyalahi Akta Perihal Dagangan (Pengakuan dan Penandaan Halal) 2011,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik kilang berkenaan dan menjalankan siasatan menurut Seksyen Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Sementara itu, pemilik kilang yang enggan namanya disiarkan berkata beliau akan memohon sijil halal daripada Jakim secepat mungkin.

Wanita itu mendakwa pernah ditipu dalam usaha mendapatkan sijil halal Jakim dan kerugian lebih RM3,000.

Menurutnya hampir 95 peratus pekerja di kilangnya terdiri daripada wanita Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment