My Add

Friday 6 June 2014

Banjir di Kampar pulih, 187 mangsa dibenarkan pulang

IPOH, jumaat 06 Jun, 2014: Keadaan banjir di Kampar pulih dan kesemua 187 mangsa yang berada di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar dibenarkan pulang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd. Yamin Naib berkata, pusat pemindahan yang menempatkan semua mangsa daripada 52 keluarga itu ditutup pada 11 pagi tadi.

"Sehingga pukul 11 pagi tadi, penduduk daripada empat buah kampung ditempatkan di pusat pemindahan banjir dengan Kampung Baru Kuala Dipang membabitkan 147 orang, Kampung Nyior 18 orang, Kampung Cabang 2 seramai enam orang manakala Kampung Batu 20 adalah 16 orang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment