My Add

Wednesday 11 June 2014

Bas terjunam ke dalam sungai, dua pelancong Rusia maut

NEW DELHI, RABU 11 Jun, 2014: Sebuah bas yang membawa 14 pelancong Rusia terjunam ke dalam sungai di utara India semalam menyebabkan dua daripada mereka terbunuh.

Menurut seorang pegawai polis, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke bandar Gangotri, terjunam ke dalam Sungai Bhagirathi di negeri Uttarakhand.

Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala seorang lagi masih hilang dipercayai dihanyutkan oleh arus sungai.

Seramai 11 orang pelancong lagi yang tercedera telah dibawa ke hospital di Dehradun dengan menggunakan helikopter. - AP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment