My Add

Tuesday 10 June 2014

Lelaki tertua di dunia meninggal dunia

NEW YORK, SELASA 10 Jun, 2014: Lelaki tertua di dunia berusia 111 tahun meninggal dunia di sebuah rumah kediaman orang tua di Manhattan, menurut laporan media semalam.

Lelaki berkenaan, Alexander Imich yang berasal dari Poland meninggal dunia Ahad lalu di kediaman yang didudukinya sejak 1986, lapor akhbar New York Times.

Imich merupakan bekas ahli kimia, diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia April lalu oleh Kumpulan Penyelidik Gerontologi Torrance, California.

Menurut laporan media, gelaran tersebut kini dipegang oleh warga Jepun, Sakari Momoi yang juga berusia 111 tahun yang lahir sehari selepas Imich pada 5 Februari 1903. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment