My Add

Wednesday, 11 June 2014

Bihun cap masjid tiada sijil halal Jakim - Pengarah Hab Halal

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd. Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaf-tar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.

Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal da-ripada badan pensijilan halal Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment