Murtad: Rayuan empat beranak ditangguh
Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU 18 Jun, 2014: Mahkamah Rayuan menangguhkan sehingga 4
November ini rayuan empat beranak keturunan India Muslim yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman pemula bagi mendapat perisytiharan bahawa mereka bukan lagi beragama Islam.
Zaina Abidin Hamid @ S. Maniam, 62, dan tiga anaknya iaitu Surindran a/l Zaina Abidin, Mohanasubash a/l Zaina Abidin dan Chandrika a/p Zaina Abidin memfailkan saman pemula agar mereka diisytiharkan murtad selepas mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed menangguhkan
prosiding yang sepatutnya didengar hari ini selepas beliau dan seorang lagi hakim bersidang, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut. - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment