My Add

Tuesday 17 June 2014

Brahim's sasar pertumbuhan jualan 30 peratus
KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Brahim's Holdings Bhd menyasar kenaikan jualan produk 30 peratus tahun ini, susulan penembusan syarikat di pasaran baharu di Amerika Syarikat (AS) dan Itali, kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi.

Beliau berkata syarikat itu meletakkan empat daripada produknya di gedung rantaian runcit AS, Cost Plus World Market.

"Kami telah mengembangkan perniagaan kami ke pasaran AS, di mana produk kami kini boleh dibeli di 250 cawangan Cost Plus World Market," katanya pada taklimat media bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-26 Brahim, di sini, hari ini.

Ibrahim juga berkata syarikat itu menembusi pasaran Itali menerusi 200 karton produk Brahim's, dan sedang menunggu maklum balas positif dari negara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment