My Add

Tuesday 17 June 2014

Murid Tahun Satu parah dilanggar kereta di hadapan sekolah

SANDAKAN, SELASA 17 Jun, 2014: Seorang murid Tahun Satu mengalami cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintasi jalan raya di hadapan sekolahnya di Jalan Cecily Utara Batu 4 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zul Hakeem Hamsah, 7, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew.

Dalam kejadian 5.50 petang itu menyebabkan mangsa mengalami patah kaki kanan dan masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya di sini hari ini.

Rowell berkata pemandu kereta berkenaan sudah tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment