My Add

Tuesday, 17 June 2014

El Nino: Kerajaan pastikan bekalan makanan tidak terjejas

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Kerajaan sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena El Nino terutama dalam memastikan bekalan makanan tidak terjejas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

"Dari segi bekalan beras, tanaman padi kita telah sediakan dengan pengairan dan sesetengah tempat penanaman (padi) kalau perlu tube well kita akan sediakan dan kita lakukan tindakan sebegini supaya ia tidak jejaskan pengairan di kawasan padi berkenaan.

"Semoga pengeluaran hasil padi dan beras tidak terjejas dan kalau terjejas pun kita waktu ini ada simpanan stok untuk lebih kurang 45 hari namun ia boleh ditingkatkan kepada empat hingga enam bulan bergantung kepada kuantiti yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai peranan dan inisiatif kerajaan dalam menjamin bekalan makanan asas mencukupi jika fenomena El Nino melanda negara, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment