My Add

Sunday 8 June 2014

Mahkamah Mesir batalkan hukuman ke atas anggota polis.

KAHERAH, AHAD 08 Jun, 2014: Mahkamah Rayuan Mesir semalam membatalkan sabitan kesalahan terhadap seorang timbalan ketua polis yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, atas kesalahan membunuh 37 orang banduan dengan gas pemedih mata.

Selain itu, mahkamah turut membatalkan hukuman pengantungan kerja selama setahun ke atas tiga anggota polis yang lain berhubung kejadian sama.

Seramai 37 orang banduan yang merupakan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi terkorban, selepas gas pemedih mata diletakkan di dalam van yang digunakan untuk memindahkan mereka ke penjara Abu Zaabal, di sini pada Ogos tahun lalu. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment