My Add

Wednesday 11 June 2014

Dua lelaki terlepas hukuman gantung

ALOR SETAR, RABU 11 Jun, 2014: Dua sekawan terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dadah seberat 23.27 gram yang didakwa dilakukan kira-kira dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap kes dihadapi pemandu lori, Mohd Zuki Ghazali, 44, dan nelayan, Mukardi Che Mansor, 42.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, Zailani Yusof, 35, diperintah membela diri apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 16.07 gram dan monoacetylmorphines seberat 7.2 gram semasa di dalam kereta di sekatan jalan raya berhampiran Balai Polis Kuala Kedah di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 4.45 petang, 8 Oktober 2012. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment