My Add

Wednesday 4 June 2014

Pengundi Teluk Intan buat penilaian mendalam

JEMPOL, SELASA 03 Jun, 2014: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Sabtu lalu menunjukkan bahawa rakyat di kawasan itu membuat penilaian yang teliti dan mendalam terhadap calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan itu menunjukkan bahawa rakyat yakin calon Barisan Nasional (BN), Mah Siew Keong adalah pemimpin yang diharapkan untuk membawa kemajuan, selain mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata, pengundi tidak memilih pembangkang untuk menyelesaikan masalah kepimpinan yang dihadapi oleh mereka dan bertindak mengundi BN yang diyakini mampu mewakili mereka.

"Pengundi menilai dan mengukur calon yang menawarkan diri dan akhirnya mereka memilih Mah (Siew Keong) kerana yakin beliau mampu membantu rakyat. Itu yang saya yakin berlaku pada pilihan raya di Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Desa Lestari Kampung Lonek dan menandatangani perjanjian pelaksanaan program Desa Lestari 2014 di Homestay Kampung Lonek, di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan dalam kempen PRK berkenaan, Mohd. Shafie menegaskan, kerajaan tidak pernah menggunakan politik dalam program mendidik anak bangsa sejak merdeka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment