My Add

Tuesday 17 June 2014

Hanya 38 syarikat berdaftar dibenarkan keluar visa umrah

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Hanya 38 syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dibenarkan mengeluarkan visa umrah, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, senarai 38 syarikat pengelola umrah yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi boleh didapati di laman sesawang kementeriannya.

"Hanya syarikat-syarikat ini diberi kuasa untuk berurusan tentang visa umrah ini.

"Oleh itu, apa yang kita lakukan untuk melindungi mereka yang berhajat untuk menunaikan umrah ialah meminta mereka terus melawat laman sesawang kementerian dan melihat nama syarikat yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bung Mokhtar ingin tahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghalang berlakunya kes penipuan visa umrah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment