My Add

Tuesday 17 June 2014

Enam inisiatif PPPM capai KPI-TPM

PUTRAJAYA, SELASA 17 Jun, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak enam inisiatif yang dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Timbalan Perdana Menteri berkata, enam inisiatif itu ialah ;

*Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

*Literasi dan Numerasi (Linus)

*Profesiensi Guru Bahasa Inggeris (ProELT)

*Transformasi Institut Pendidikan Guru (IPG)

*Piagam Pemimpin Sekolah

*Sarana Ibu Bapa

Beliau berkata, enam lagi inisiatif telah menunjukkan pencapaian memberangsangkan iaitu;

*Enrolmen prasekolah

*Transformasi Pendidikan Vokasional

*Program Transformasi Daerah

*Program Pendidikan Inklusif

*Transformasi Kementerian

*Pembaikan infrastruktur asas.

Sambil menyifatkan dokumen PPPM itu sebagai satu dokumen penting Timbalan Perdana Menteri berkata, kesemua inisiatif itu adalah sebahagian daripada 25 inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun 2013.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Tahunan 2013 PPPM 2013-2025 di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 11 (1) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment