My Add

Tuesday 17 June 2014

Program teknologi marin di UiTM Arau dapat sambutan pelajar

ARAU, SELASA 17 Jun, 2014: Program ijazah Teknoloji Marin diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau pada 2007 semakin mendapat permintaan pelajar, kata Rektornya, Prof Ahmad Ridzwan.

Katanya, UiTM mengambil 50 hingga 60 pelajar sahaja setahun kerana ciri kursus itu yang pelajarnya mesti tahan lasak dan sanggup turun ke laut.

"UiTM Arau adalah satu-satunya cawangan di luar kampus induk Shah Alam yang menawarkan program ini," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas melancarkan program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya bersama-sama UiTM Arau di universiti itu di sini, hari ini.

Program advokasi itu dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Arau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment