My Add

Monday 9 June 2014

Esscom pastikan ekonomi Sabah tidak terjejas - Hisham

SEMPORNA, AHAD 08 Jun, 2014: Tanggungjawab yang digalas Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu dijayakan bagi memastikan ekonomi di Sabah tidak terjejas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak yang berkepentingan perlu bekerjasama membantu Esscom dalam menjayakan tanggungjawab menjaga keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Selain itu, katanya, semua agensi di bawah Esscom juga perlu bekerjasama dengan sedaya upaya dalam menjalankan tugas bagi memastikan tiada lagi insiden (penculikan pelancong) berlaku.

Ini untuk menentukan sektor pelancongan di Sabah tidak merosot disebabkan para pelancong menganggap negeri ini tidak selamat, kata beliau.

"Saya telah diberitahu oleh pengusaha resort di sini tentang penurunan kedatangan pelancong disebabkan beberapa insiden baru-baru ini.

"Oleh itu jika kedatangan pelancong kurang, ekonomi di Sabah turut terjejas," katanya kepada pemberita selepas melawat pelantar minyak terpakai bagi pelaksanaan sistem sea basing di Pulau Mabul, dekat sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment