My Add

Friday 20 June 2014

GST: Inflasi dijangka rendah

Oleh YULPISMAN ASLI

 * AHMAD Husni Hanadzlah (kanan) menyampaikan plak penghargaan kepada abdul Farid Alias sambil diperhatikan Mirzan Tun Mahathir pada Sidang Kemuncak hPerbankan Malaysia ke-18 di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Negara dijangka menerima kesan inflasi yang rendah pada kadar 1.48 peratus apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesan tersebut juga dijangka bersifat sementara apabila ekonomi negara mula melakukan penyesuaian dan keseimbangan kepada keadaan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan yang prihatin dengan trend kemungkinan berlaku peningkatan kos hidup telah mengambil beberapa langkah termasuk mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan tertentu.

"Langkah tersebut akan membantu meringankan tekanan kumpulan berpendapatan rendah. Kami sedang memuktamadkan senarai barangan dan perkhidmatan terbabit," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia Ke-18 anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden ASLI, Mirzan Mahathir; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Michael Yeoh dan, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad, Datuk Abdul Farid Alias.

Menurut Ahmad Husni, kerajaan juga telah menurunkan defisit bajet tahun ini kepada 3.5 peratus, selain melakukan pembaharuan regim cukai untuk memastikan kedudukan kewangan negara kukuh serta ekonomi pula tumbuh mampan, seterusnya mengurangkan jurang antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.

Beliau berkata, setiap polisi ekonomi dan perundangan yang digubal akan memastikan wujud keadilan dan kesaksamaan pengagihan pendapatan dalam kalangan rakyat.

"Dalam memastikan pengagihan secara saksama kekayaan negara, kerajaan tidak pernah merampas hak mana-mana individu demi kepentingan individu lain," katanya sambil mengingatkan rakyat agar tidak mengambil mudah keadaan ekonomi negara yang dinikmati sekarang.

Beliau turut menyentuh peranan sektor perbankan yang kekal sebagai antara tonggak utama ekonomi negara dan berharap industri tersebut terus berkembang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad Husni memberitahu, kerajaan akan menganjurkan pertemuan dengan kumpulan fokus bagi membincangkan bajet gender pada bulan depan.

"Kami akan mulakannya dengan persekitaran ekonomi dan apa yang perlu dikembangkan dari segi prospek dalam ekonomi global. Kemudian kami akan memasuki bidang lain termasuk jenis bajet dan dasar gender. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment