My Add

Saturday 14 June 2014

Guan Eng persoal hasrat MB Kedah

PULAU PINANG, JUMAAT 13 Jun, 2014: Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) seolah-olah kurang senang dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah mahu membina lapangan terbang ketiga di negeri itu selepas mempersoal cadangan tersebut dari sudut keperluan ekonomi dan justifikasinya.

Guan Eng turut mempersoal kewajaran lokasi lapangan terbang baharu itu di Kulim yang disifatkan beliau begitu hampir dengan Pulau Pinang.

Malah, Guan Eng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang akan meminta sekurang-kurangnya dua lapangan terbang baharu dibina di negeri itu sekiranya permintaan Kerajaan Negeri Kedah itu diluluskan.

"Perlu diingat bahawa Pulau Pinang adalah penerima terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia. Kedudukan Kedah begitu jauh dari segi FDI," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini dan negeri-negeri di utara tanah air.

Menurut beliau, cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Katanya, lokasi lapangan terbang tersebut dikenal pasti berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kulim membabitkan tanah seluas 6,000 hektar.

Ketika ini, Kedah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment