My Add

Saturday 14 June 2014

Koo Ham tidak faham kandungan Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Kenyataan Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang mahukan umat Islam menghormati murtad menunjukkan pemimpin itu tidak faham makna sebenar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, hak kebebasan beragama dalam Perlembagaan itu merujuk kepada tidak memberi hak kepada orang Islam untuk menukar agama.

"Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak boleh dibaca berasingan dengan peruntukan lain iaitu Fasal (4) dan Fasal (5).

"Sehingga hari ini, tidak ada lagi mana-mana keputusan mahkamah yang memberikan hak kepada orang Islam untuk keluar daripada agamanya ataupun untuk murtad," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Koo Ham mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 pada sidang Dewan Rakyat kelmarin.

Pengerusi DAP Perak itu berharap umat Islam di negara ini menerima peruntukan 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang ditafsirkan beliau memberi hak mutlak kepada mana-mana individu untuk mengamalkan sesuatu agama.

Sham Rahayu berkata, dalam soal itu, Koo Ham membuat tafsiran yang salah terhadap peruntukan terbabit kerana tidak menilai secara keseluruhan khususnya yang melibatkan perkara berkaitan kebebasan beragama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment