My Add

Tuesday, 17 June 2014

Kerajaan perlu pelbagaikan hasil, kurang defisit negara - Naji

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Kerajaan perlu mempelbagaikan hasil bagi mengurangkan defisit fiskal negara kepada 3.5 peratus tahun ini dalam usaha merealisasikan bajet seimbang menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di Facebook hari ini berkata, perbelanjaan mampan merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) 10 tahun kerajaan, yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Kita sudah berada pada kedudukan yang tepat untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi berikutan pelaburan yang direalisasikan tumbuh lima kali sejak 2009.

"Sebelum Program Transformasi Ekonomi, pelaburan yang menjadi kenyataan pada tahap 3.1 peratus dan angka itu meningkat kepada 15.3 peratus hari ini," katanya dalam catatan itu.

Najib merujuk artikel oleh The Wall Street Journal pada 15 Jun bertajuk 'Malaysia on track to cut deficit, raise incomes, official says'. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment