My Add

Tuesday 3 June 2014

Heret dua pengendali laman blog ke mahkamah

KUALA LUMP, ISNINUR, ISNIN 02 Jun, 2014: Kerajaan digesa segera mengheret pengendali dua laman blog yang dikesan menghina Almarhum Sultan Perak dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kerana cuba menyebarkan dan menghasut rakyat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan tegas itu perlu supaya tiada lagi pengendali laman blog yang berani menimbulkan kontroversi terutamanya apabila menyentuh Perlembagaan negara.

"Dakwa segera mereka di mahkamah atas perbuatan biadab itu. Sepatutnya mereka tidak sentuh hak-hak istimewa orang Melayu mahupun Perlembagaan kerana negara ini telah lama diperintah oleh sultan Melayu sejak berkurun lamanya sebelum zaman British lagi.

"Heret mereka ke mahkamah dan penjarakan sekali supaya dapat memberi pengajaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas Ketua Wira Perkasa negeri, Datuk Md. Ismail Hamdan yang menyifatkan dua pengendali laman blog http://siemensmelayumaju.blogspot.com dan http://cenangau.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum Sultan Perak dan RAMD.

Laman blog itu dikesan menghina Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dengan mendakwa kemangkatan baginda hanya membazirkan wang rakyat.

Sementara itu, menerusi entri http://cena­ngau.blogspot.com/2014 /15/dyana-sofya-dasar-bubar-askar-melayu-html pula, terdapat unsur hasutan meminta supaya RAMD dibubarkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamaruddin turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan serta menutup laman blog itu sehingga satu siasatan selesai dibuat ke atas pengendalinya.

"Cuba lihat semula sejarah negara, Askar Melayu yang mempertahankan negara ketika komunis datang menyerang kita.

"Jadi bukannya pengendali laman blog ini yang mempertahankan negara sebaliknya Askar Melayu, soalnya mengapa tiba-tiba mereka mahu membangkitkan isu tersebut," katanya.

Sementara itu, SKMM akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog http://siemensmelayumaju.blogspot.com jika artikel yang dikeluarkan mempunyai unsur-unsur menghina Almarhum Sultan Perak.

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

Beliau berkata, terdapat beberapa laman blog lain yang sedang disiasat SKMM bagaimanapun menegaskan masih belum menerima sebarang maklumat mengenai laman blog http://siemensmelayumaju.blogspot.com yang didakwa menghina RAMD. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment