My Add

Tuesday 3 June 2014

Turunkan segera papan iklan kartun GST

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, ISNIN 02 Jun, 2014: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah diminta menurunkan segera papan iklan kartun mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana bentuk penyampaian sedemikian didapati gagal memberi penjelasan berkesan kepada rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pada masa sama, Setiausaha Bahagian Analisa Cukai Perbendaharaan, Datuk Siti Halimah Ismail juga perlu memberi penjelasan berhubung perbelanjaan kos penerbitan iklan itu yang berjumlah puluhan juta ringgit sedangkan medium tersebut langsung tidak praktikal.

"Kita meminta Irwan dan Siti Halimah menurunkan papan iklan kartun dengan kadar segera, kerana saya yakin kartun pun gagal untuk membacanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut sebagai menyokong pendapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mahu Mohd. Irwan Serigar dan Siti Halimah mengambil tanggungjawab dengan bersara lebih awal jika benar keputusan beliau menjadi punca kegagalan penyampaian berkesan kepada rakyat mengenai GST.

Azwanddin berkata, JMM juga bersetuju jika kedua-dua mereka mengambil keputusan itu dengan bersara lebih awal supaya tidak terus menjadi beban kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Katanya, kehadiran mereka dalam kerajaan juga sebenarnya hanya banyak membantu pembangkang.

"Penggunaan papan iklan kartun di tepi jalan raya untuk GST adalah satu perkara yang amat memalukan sebab orang ramai tidak sempat baca kerana hurufnya yang sangat kecil membuatkan pembaca pening kepala melainkan mereka perlu memberhentikan kenderaan terlebih dahulu untuk membacanya.

"Apa yang cuba dilakukan itu boleh dikatakan syok sendiri tanpa melihat kepada kempen yang lebih praktikal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment