My Add

Tuesday 3 June 2014

Implikasi mansuh tol perlu dikaji - Fadillah

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Kerajaan perlu menimbang pelbagai faktor termasuk implikasi kewangan jika ingin memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi telah ditandatangani dan jika tol dihapuskan, pampasan perlu dipayar kepada pihak berkenaan.

"Jadi kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya dan rakyat perlu terima keputusan itu secara terbuka," katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Beliau mengulas rayuan UMNO Selangor yang mahu Kerajaan Persekutuan memansuhkan kutipan tol di dua lokasi itu.

Menurut Fadillah, perjanjian konsesi Lebuh Raya Persekutuan tamat pada 2038. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment