My Add

Tuesday, 3 June 2014

RM7.2 juta pil kuda dirampas di Kelantan

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

KOTA BHARU, SELASA 03 Jun, 2014: Rampasan dadah jenis WY atau pil kuda di negeri ini meningkat sebanyak 146 peratus dengan nilai rampasan berjumlah RM7.2 juta sepanjang Januari hingga Mei lalu berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah rampasan itu menunjukkan peningkatan ketara berikutan pihaknya kini memberi tumpuan untuk menumpaskan sindiket pengedaran pil kuda di negeri ini.

“Sepanjang tempoh lima bulan ini, kita berjaya merampas pil kuda bernilai RM7.2 juta berbanding RM2.9 juta bagi masa sama pada tahun lalu.

“Jumlah tangkapan bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 6,144 orang sepanjang tempoh lima bulan pertama ini berbanding 6,253 orang untuk masa sama pada 2013.

“Pun begitu, jumlah tangkapan pengedar dadah sepanjang Januari hingga Mei lalu meningkat sebanyak 51 peratus iaitu kepada 397 orang berbanding 254 orang bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri antara Supritendan Amran Ramli dan Pemangku Supritendan Mit Emong di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment