My Add

Tuesday 3 June 2014

Penternak rugi RM100,000 29 ekor lembu dilarikan

KUANTAN, SELASA 03 Jun, 2014: Sebuah syarikat ternakan di Kampung Pahang dekat Jalan Sungai Soi di sini kerugian hampir RM100,000 selepas 29 ekor lembu di ladang berkenaan dilarikan awal hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dipercayai dilakukan lapan lelaki bersenjatakan pistol.

Beliau berkata, sebaik sahaja menceroboh ke ladang berkenaan, suspek bertindak mengikat seorang pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an di ladang, sebelum memindahkan lembu-lembu itu.

"Kami percaya kesemua lembu itu dilarikan dengan menggunakan sebuah lori, namun jenis kenderaan yang digunakan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga masih menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam kejadian itu seperti yang didakwa oleh pekerja ladang adalah senjata tiruan atau sebaliknya.

Katanya, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment