My Add

Tuesday 17 June 2014

Penyanyi dikir barat didenda berkelakuan tidak sopan

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG, SELASA 17 Jun, 2014: Penyanyi dikir barat popular Kelantan, Rosalinda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku bersalah berkelakuan tidak sopan ketika mengadakan persembahan nyanyian di Tapak Ekspo di Padang Perumahan Felda Aring 6, di sini, bulan lalu.

Rosalinda atau nama sebenarnya, Syahima Edayu Akma Mohd. Alwi, 23, dituduh melakukan perbuatan tidak sopan dengan menari di khalayak ramai dengan berpakaian terdedah dan mengghairahkan pada kira-kira pukul 11.50 malam, 7 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No. 2/85 yang memperuntukkan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Rosalinda merayu hukuman penjara dikecualikan kerana dia baharu sahaja kematian suami pada 31 Mei lalu dan terpaksa menyara seorang anak perempuan berumur 5 tahun.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Zubaidi Sulaiman bersetuju dan memutuskan tertuduh didenda RM1,000 kerana ini merupakan pertuduhan pertama dan ingin memberi peluang supaya tertuduh berubah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment