My Add

Sunday, 15 June 2014

JPP PKR tunda pengundian dua cabang hari ini

KUALA LUMPUR, SABTU 14 Jun, 2014: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menunda pengundian dua cabang yang dijadualkan berlangsung esok.

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, cabang yang terlibat ialah Kota Raja dan Sabak Bernam.

Johari bagaimanapun tidak memperincikan sebab penundaan pemilihan dua cabang tersebut.

“JPP telah menunda pengundian yang dijadualkan pada 15 Jun kepada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Dengan notis ini, notis-notis yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal," katanya dalam satu notis yang disiarkan di laman web rasminya https://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.

Sehubungan itu, hanya empat cabang yang akan dijadual mengadakan pengundian semula esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment