My Add

Sunday 8 June 2014

Kami tidak rasis - Ibrahim

SUNGAI SIPUT, SABTU 07 Jun , 2014:Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 'berterima kasih' kepada DAP kerana telah membuktikan bahawa gerakan itu bukanlah bersifat rasis seperti didakwa parti berkenaan sebelum ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd. Daud yang pernah terlibat dengan Perkasa sebelum ini, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei lalu, menceritakan segalanya.

"Perkasa berterima kasih kepada DAP kerana akhirnya mengakui kami bukanlah pertubuhan rasis. Langkah parti itu mencalonkan Dyana Sofya yang pernah terlibat dengan Perkasa membuktikan tuduhan DAP sebelum ini tidak benar.

"Saya lega dengan perkembangan ini. Mereka tiada alasan untuk tuduh Perkasa bersifat perkauman lagi selepas ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian sijil jawatankuasa Perkasa negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment