My Add

Wednesday 11 June 2014

Karachi diserang lagi

 * SEBAHAGIAN bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah musnah akibat serangan militan Taliban di Karachi, kelmarin. - REUTERS
KARACHI, SELASA 10 Jun, 2014: Dua orang lelaki bersenjata yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah akademi keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, di sini hari ini, dua hari selepas kumpulan militan Taliban menyerang lapangan terbang tersebut yang menyaksikan lebih 30 orang maut.

Serangan di pos pemeriksaan yang mengawal pintu masuk ke kem Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF), 500 meter dari kawasan utama lapangan terbang itu, berlaku pada kira-kira pukul 12.30 petang (3 petang waktu Malaysia).

Jurucakap, Kolobel Tahir Ali berkata, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.

"Penyerang melarikan diri selepas melepaskan tembakan kerana kami berada dalam keadaan berjaga-jaga di bawah prosedur operasi standard di mana pasukan renjer separa tentera dan tentera dipanggil membantu mengawal keselamatan,'' katanya.

Beliau berkata, kakitangan ASF melepaskan tembakan ke udara dan tiada kejadian berbalas-balas tembakan dengan penyerang.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa berkata, serangan tersebut telah berakhir, namun menyatakan kumpulan penyerang terdiri daripada tiga hingga empat orang.

Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab di atas serangan ke atas akademi tersebut.

"Kami menerima tanggungjawab ke atas kejayaan menyerang kerajaan.

"Kami berjaya melancarkan serangan ke atas setiap sasaran dan kami akan terus melakukannya,'' kata jurucakap Taliban, Shahidullah Shahid. - AFP/REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment