My Add

Thursday 5 June 2014

Kastam rampas 30 basikal elektrik

KOTA KINABALU, KHAMIS 05 Jun, 2014: Sebanyak 30 buah basikal elektrik bernilai RM75,000 dari tiga buah premis di sini disita oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri kerana tidak memiliki permit import (AP) yang sah dan tidak menepati piawaian keselamatan Sirim.

Pengarahnya, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan tiga lelaki berusia antara 22 hingga 41 tahun, dipercayai pemilik kedai berkenaan bagi membantu siasatan.

"Nilai pasaran bagi sebuah basikal elektrik itu adalah antara RM1,500 dan RM2,500. Orang ramai dinasihatkan supaya jangan terpedaya dengan dakwaan mengatakan basikal jenis berkenaan telah mendapat kelulusan kerajaan kerana sehingga kini penjualannya belum mendapat sebarang pengesahan pihak berwajib," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment