My Add

Wednesday 18 June 2014

Kemudi kesal jurugambar Utusan ditumbuk dan dipijak

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

KOTA BHARU, RABU 18 Jun, 2014: Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) kesal dengan insiden jurugambar Utusan Malaysia, Irwan Majid, 32, yang ditumbuk dan dipijak di kepala oleh dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Presiden Kemudi, Azran Fitri Rahim berkata, insiden tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana jurugambar tersebut hanya menjalankan tugas.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci supaya tindakan segera dapat diambil dan dijadikan pengajaran agar tidak berulang lagi.

"Tindakan tersebut amat tidak wajar dan tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup memijak kepala mangsa tanpa belas kasihan.

"Sebagai pengamal media, mangsa hanya menjalankan tugas dan pihak tertentu terutama keluarga yang dituduh tidak sepatutnya bertindak begitu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment