My Add

Wednesday, 18 June 2014

TPM terima kunjungan Naib Presiden Filipina

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, RABU 18 Jun, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina, Jejomar C. Binay bersempena lawatan kerja tiga hari beliau ke negara ini bermula semalam hingga esok.

Pertemuan tertutup selama setengah jam itu membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan, ekonomi dan persempadanan antara dua negara itu.

Kedatangan Binay yang juga Presiden Pengakap Lelaki Filipina itu sebagai menghadiri perasmian Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Sedunia di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment