My Add

Saturday 14 June 2014

Kerajaan tidak pilih bulu tangani isu militan - Hishammuddin

RAUB, SABTU 14 Jun, 2014: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap siapa sahaja yang didapati bersekongkol dengan pihak asing dalam kegiatan militan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

``Tidak kira dia anggota polis, tentera, imigresen atau kastam, jika didapati ada yang menggunakan jawatan mereka (untuk terbabit dalam militan) kita harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas.

``Namun saya juga berharap siasatan berkenaan tidak melibatkan pihak yang tidak berdosa,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin di sini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan media mengenai tiga warga tempatan termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditahan di Sandakan, Sabah kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan militan di negara-negara bergolak.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata isu `musuh dalam selimut' perlu ditangani habis-habisan kerana mereka akan menggagalkan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan negara.

``Dalam dunia yang serba moden kini memang kita tak dapat nak halang ancaman dari luar, tapi jika kita mempunyai musuh dalam selimut segala perancangan yang kita buat akan menjadi sia-sia,'' katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment