My Add

Monday 16 June 2014

Kerajaan tidak rancang kurangkan penjawat Gred 1

MIRI, AHAD 15 Jun, 2014: Tiada sebarang perancangan dibuat bagi mengurangkan bilangan penjawat awam Gred 1, sebaliknya kerajaan sedang meneliti di semua peringkat bagi memberi peluang kenaikan pangkat kakitangan dalam gred tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, pihaknya juga akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan 38,000 penjawat awam Gred 1 di seluruh negara terus berkhidmat dengan kerajaan.

"Kesemua penjawat awam Gred 1 di negara ini tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan memastikan mereka terus bekerja dengan kerajaan, malah jawatan lama mereka itu masih dikekalkan.

"Apa yang lebih penting adalah setiap penjawat awam di semua peringkat perlu membudayakan lima kriteria utama iaitu berilmu, boleh dipercayai, amalan kerja terbaik, bersemangat patriotik dan membudayakan keberhasilan dalam bekerja," katanya dalam Seminar Cabaran dan Hala Tuju Transformasi Perkhidmatan Awam Bagi Ketua-Ketua Jabatan serta Badan Berkanun Persekutuan Sarawak di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment