My Add

Wednesday 11 June 2014

Kertas putih keselamatan Sabah akan diumumkan

KUALA LUMPUR, RABU 11 Jun, 2014: Kertas putih berhubung isu keselamatan di Sabah termasuk insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu hanya diumumkan selepas siasatan lengkap.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, maklumat siasatan dan pengalaman di Lahad Datu membabitkan semua pihak berkepentingan termasuk negara jiran.

“Apabila lengkap tiada sebab untuk tidak diumumkan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin mengetahui sama ada kertas putih akan memberi kesimpulan masalah keselamatan di Sabah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment