My Add

Friday 13 June 2014

Kes tuntutan anak: PM syor selesaikan guna mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta keluarga yang terlibat dalam tuntutan penjagaan anak supaya menggunakan Mahkamah Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian kes mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya pihak mahkamah akan menimbang untuk memberi keutamaan kepada perbicaraan kes tersebut.

"Peguam Negara akan berbincang dengan keluarga yang terbabit bagi tujuan ini dan saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N. Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S. Deepa yang beragama Hindu.

Di Ipoh pula, guru tadika, M. Indira Ghandhi mendapat perintah Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K. Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6 tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment