My Add

Friday 13 June 2014

PM bangga Maizura dinobatkan Pendebat Terbaik UADC

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak berbangga dengan kejayaan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Maizura Mokhsein merangkul anugerah Pendebat Terbaik dalam Kejohanan Debat Asia Bersatu (UADC) di Singapura baru-baru ini.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, kejayaan Maizura itu wajar dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia.

"Kejayaan pelajar UiTM, Maizura Mokhsein pada UADC di Singapura baru-baru ini benar-benar perlu dicontohi. Tahniah!" ujarnya.

Maizura, 23, berjaya menewaskan 350 peserta yang mewakili institusi pengajian tinggi di seluruh Asia pada kejohanan yang dianjurkan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura mulai 25 Mei hingga 2 Jun lalu.

Beliau juga merupakan pelajar Malaysia pertama yang menerima anugerah berkenaan pada kejohanan debat yang terbesar dan paling berprestij di Asia itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment