My Add

Friday 20 June 2014

Kesihatan Abdul Hadi makin baik

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tiba di tanah air petang semalam kini semakin baik dan hampir pulih sepenuhnya.

Setiausaha Politik beliau, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi yang sedang dirawat di sebuah hospital di ibu negara masih lagi perlu berehat untuk satu tempoh tertentu seperti dinasihatkan doktor.

Katanya, pelawat Abdul Hadi juga adalah terhad bagi memberi ruang kepada pemimpin Pas itu mendapatkan rehat secukupnya.

"Selepas ini, kita akan membenarkan media dan pihak lain untuk melawat beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam tiba di tanah air selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi semalam berkata, semua pihak diminta memberi ruang secukupnya kepada Presiden Pas itu untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan memberi komitmen kepada program parti dan masyarakat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment