My Add

Monday 9 June 2014

KLSFIA sasar RM5 juta jualan pameran EMFF

 * TEE Wan Keong (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa KLSFIA menunjukan poster jualan murah perabot pada EMFF di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, AHAD 08 Jun, 2014: Pameran Pengeksport dan Pengeluar Perabot (EMFF) menyasarkan 10,000 orang pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM5 juta sepanjang empat hari pameran berlangsung.

Pameran yang akan bermula dari 12 hingga 15 Jun ini di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Buloh, Selangor, bakal mempromosikan pelbagai produk perabot keluaran usahawan tempatan di negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Perabot Selangor dan Kuala Lumpur (KLSFIA), Tee Wan Keong berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai kerana pada penganjurannya yang lalu EMFF berjaya mengutip hasil jualan sebanyak RM3 juta dengan bilangan pengunjung mencecah 5,000 orang.

"EMFF berjaya membantu mempromosi dan menggalakkan rangkaian pemasaran produk dalam kalangan usahawan terutama dari Kuala Lumpur dan Selangor serta rakan strategik perniagaan di luar negara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan banyak lagi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru baru ini.

Tambahnya, pameran itu antara lain turut memberi peluang kepada orang ramai terutamanya kaum Melayu membeli-belah bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Katanya, promosi harga rendah dengan potongan sehingga 70 peratus bagi produk keluaran tempatan yang dipamerkan turut menjadi tarikan utama bagi pengunjung untuk mendapatkan perabot berkualiti pada harga berpatutan.

"Sebanyak 168 ruang pameran disediakan dengan lebih 50 pengeksport yang turut serta pada pameran kali ini, selain itu KLSFIA turut menyediakan hadiah menarik antaranya TV LED dan penghawa dingin serta beberapa hadiah lain untuk dimenangi pengunjung yang bertuah," katanya.

Katanya, Sungai Buloh merupakan hab bagi perabot berkualiti keluaran tempatan dan sering mendapat permintaan untuk dieksport ke luar negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment