Pas tak perlu cemburu dengan kejayaan Syed Mokhtar-Syed Ali
KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Pemimpin Pas tidak perlu cemburu dengan kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sehingga cuba menyerang ahli perniagaan Melayu paling berjaya itu sepanjang masa dan mereka sebaliknya patut berbangga dengan kemampuan tokoh tersebut
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin Pas kerana seolah-olah mahu membunuh kejayaan usahawan Melayu tetapi membisu seribu bahasa terhadap isu monopoli kaum Cina dalam bidang ekonomi.
"Mengapa Melayu nak bunuh Melayu? Kita sepatutnya berbangga kerana ada orang Melayu yang tersenarai sebagai salah seorang yang terkaya di Malaysia dan juga di Asia tetapi pemimpin Pas tidak begitu. Mengapa cemburu sangat dengan Syed Mokhtar?
"Patutnya mereka pertahan usahawan Melayu seperti Syed Mokhtar. Mengapa dalam soal monopoli kekayaan ekonomi oleh orang Cina tiada seorang pun pemimpin Pas yang berani bersuara," katanya menerusi blog umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan kepada Syed Mokhtar dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.
Dalam pada itu, Syed Ali menyifatkan tindakan Mahfuz dan Khalid sebagai pengkhianatan kepada orang Melayu kerana sebagai tokoh politik, sepatutnya kedua-dua pemimpin kanan Pas itu tampil dengan jiwa besar untuk mempertahan usahawan bumiputera.
"Pemimpin Pas sepatutnya memberikan idea yang baik bagaimana untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukannya mengambil tindakan sengaja mahu membunuh tokoh perniagaan Melayu seperti beliau," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment