My Add

Thursday 19 June 2014

Latihan percuma jurutera minyak, gas

MIRI, RABU 18 Jun, 2014: Siswazah yang diiktiraf kerajaan dan masih belum bekerja dipelawa menyertai program latihan secara percuma untuk jurutera muda dalam industri minyak dan gas yang bakal diadakan di empat lokasi di seluruh negara.

Program anjuran Dream Catcher Energy Sdn. Bhd. (Dream Catcher), iaitu sebuah syarikat penyedia latihan bertauliah itu akan berlangsung di Cyberjaya dan Sepang, Selangor; Johor Bahru, Johor; Kota Kinabalu, Sabah dan Miri, Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengetua Konsulat Dream Catcher, Dr. Dasline Sinta memberitahu, program latihan percuma dikenali sebagai GEM 2.0 itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta dikendalikan oleh pakar dengan pengalaman bekerja antara 15 dan 30 tahun.

"Program latihan ini terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja dan lepasan universiti khususnya yang memegang ijazah dengan pencapaian CGPA 3.0 dan ke bawah dialu-alukan memohon.

"Selain itu, pemohon juga harus berusia 27 tahun dan ke bawah pada tarikh pengambilan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat menghadiri latihan itu boleh menghubungi Pengurus Akaun Dream Catcher Asia, Tie Hsien Loong 016-332426, Tunku Elisha (012-4162546) atau melayari laman web http:/tep.dreamcatcher.asia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment