My Add

Friday 13 June 2014

Lebih 250,000 rakyat Malaysia ikrar derma organ

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Sebanyak 252,983 rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ dari tahun 2006 sehingga 31 Mei tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya, daripada jumlah itu 128,212 individu ataupun 50.09 peratus terdiri daripada kaum Cina, India (60,057 atau 23.46 peratus), Melayu (58,846 atau 22.99 peratus) manakala lain-lain kaum (8,868 atau 3.47 peratus).

"Ini juga menunjukkan peningkatan 8,399 pengikrar penderma organ pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Pusat Sumber Transplan Nasional, Datin Dr Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor.

Katanya, walaupun terdapat peningkatan dari segi jumlah pengikrar penderma organ tahun ini, jumlah itu hanya 0.88 peratus daripada keseluruhan rakyat di negara ini.

Lam Thye berkata, bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru adalah 18,503 orang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment