My Add

Friday 13 June 2014

PPDNKK Port Dickson rampas 26,000 liter diesel subsidi

PORT DICKSON, JUMAAT 13 Jun, 2014: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson merampas 26,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM52,000 menerusi Ops Titik di Jalan Lukut-Sepang dekat sini tengah malam tadi.

Ketuanya Yusof Bakar berkata, dalam serbuan pada pukul 12.10 tengah malam itu, pihaknya turut menahan sebuah lori tangki di sebuah premis.

``Kita sudah mengintip pergerakan lori tangki berkenaan sejak dua hari lalu. Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang pemandu lori berusia 32 tahun, manakala lori tangki itu disita,'' katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu terlibat, manakala syarikat dendanya tidak melebihi RM250,000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment