My Add

Tuesday 17 June 2014

Manfaatkan cahaya di hujung terowong - Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR, ISNIN 16 Jun, 2014: Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor perlu memanfaatkan sepenuhnya cahaya di hujung terowong untuk menyelesaikan segera masalah air di negeri tersebut dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, politik tidak sihat yang cuba digerakkan pembangkang bagi menggagalkan projek itu bukan sahaja merugikan Selangor tetapi negara secara keseluruhannya.

Ini kerana jelas beliau, hasil pertemuan terbaru kementerian itu dengan pihak industri baru-baru ini, banyak syarikat yang telah sekian lama bertapak di Selangor bercadang untuk memberhentikan operasi mereka jika masalah air berterusan tanpa penyelesaian.

"Sebab itu kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu sentiasa bekerjasama dalam soal menarik pelaburan dan masalah air di Selangor ini isu besar. Pihak industri telah memaklumkan mereka mahu memberhentikan operasi jika tidak diselesaikan.

"Kita perlu manfaatkan sepenuhnya cahaya di hujung terowong dalam isu ini," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1987 di Dewan Rakyat hari ini.

Pembinaan projek Langat 2 yang tertangguh selama hampir enam tahun berjaya diteruskan semula selepas kerajaan negeri Selangor akhirnya membenarkan projek itu diteruskan hasil perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Pusat.

Dalam pada itu, Mustapa menyelar sikap Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang menggunakan Dewan Rakyat untuk mengelirukan orang ramai bagi membenci Barisan Nasional (BN) dengan mengemukakan pelbagai fakta tidak tepat mengenai ekonomi.

Beliau yang pelik dengan sikap tidak bertanggungjawab Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Rafizi bertindak membuat andaian sendiri demi kepentingan politik sehingga gagal menjadi seorang pemimpin yang adil iaitu berpandukan fakta.

"Pandan tuduh kita hanya beri insentif pelaburan kepada empat dan lima syarikat kroni, ini bukan sahaja meleset tapi tidak bertanggungjawab kerana kerajaan memberi insentif kepada 714 syarikat kecil yang mempunyai modal RM2.5 juta," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment