My Add

Thursday, 5 June 2014

MH370: Pakar Australia kesan bunyi hentaman "sesuatu" dengan permukaan laut

SYDNEY, KHAMIS 05 Jun, 2014: Para penyelidik di Australia semalam menyatakan mereka telah mengesan satu bunyi bising berfrekuensi rendah di dalam air di hujung selatan India pada masa yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang secara misteri.

Para penyelidik itu mengesan bunyi bising tersebut yang berkemungkinan datang daripada kesan impak hentaman pesawat ke permukaan laut, yang dirakam oleh dua alat pengesan dasar laut di Lautan Hindi pada masa pesawat Boeing 777 itu terhenti transmisi satelitnya dan hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal di atas kapal.

Para penyelidik itu juga telah mengeluarkan satu rakaman audio bunyi bawah air yang mereka katakan mungkin mempunyai kaitan dengan saat-saat akhir Boeing 777 itu hilang. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment