My Add

Saturday 14 June 2014

Might terbuka untuk jalin kerjasama dengan Korea Selatan

Oleh Fadzil Zainol

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Kumpulan Kerajaan-Industri Malaysia untuk Teknologi Tinggi (Might) terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam membangunkan produk-produk berteknologi tinggi, selepas berjaya dengan United Kingdom dan Jepun.

Pengerusi Bersama (Kerajaan) Might, Profesor Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata, kerjasama asing merupakan antara usaha yang akan dibuat pihaknya dalam merancakkan pembangunan teknologi tinggi ke atas ekonomi negara, terutamanya dalam penyediaan dana.

Kerjasama dengan kerajaan UK adalah melalui pembentukan Dana Ungku Omar Newton dengan peruntukan tahunan 4 juta Pound (RM21 juta) untuk kegunaan pelbagai industri berteknologi tinggi. Kedua ialah pembentukan syarikat pengurusan dana, Putra Eco Ventures Inc. dengan sebuah syarikat Jepun, Asian Energy Investment Pte Ltd, yang difokuskan kepada projek teknologi hijau.

Beliau berkata, kerjasama dengan pihak asing merupakan kandungan Inisiatif Sains Untuk Tindakan (S2A) yang dilancarkan tahun lalu.

Menurutnya, Korea Selatan merupakan antara negara yang kini mempunyai keupayaan teknologi yang pesat dan negara terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara seperti itu.

``Korea Selatan kini popular dengan pelbagai produk teknologinya yang kini terjual dan diterima pakai oleh pasaran antarabangsa," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Might ke-19 di sini hari ini.

Zakri, memorendum persefahaman antara Malaysia dan UK Dana Ungku Omar Newton bakal ditandatangani tidak lama lagi dengan penyediaan dana secara berterusan untuk tempoh lima tahun.

Antara fokus industri di dalam kerjasama itu ialah air, tenaga, kesihatan dan jaminan bekalan makanan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment